Ahad, 23 Jun 2019

NAMA DAN LOGO MUSALLA ALHIKMAH


Nama Musalla Alhikmah:
Al-Hikmah adalah merujuk kepada sesuatu yang membawa kebaikan dan manfaat kepada kehidupan manusia termasuklah apa jua bidang ilmu yang membawa kesejahteraan hidup manusia.

Al-Hikmah juga adalah kemampuan akal memahami hukum-hukum syari’ah dan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuai.

Al-Hikmah menurut kamus Bahasa Arab bererti : kebijaksanaan, pendapat atau fikiran yang bagus, pengetahuan, filsafat, kenabian, keadilan, peribahasa (kata-kata bijak), dan al-­Qur’anul Karim.


Oleh kerana itulah, pemilihan nama Musalla Alhikmah mengambil sempena maksud perkataan Al-Hikmah yang membawa maksud yang mulia dan terpuji selaras dengan fungsinya sebagai GERBANG ILMU DAN MAKLUMAT.


Gambar Al-Quran dan buku menunjukkan Al-Quran dan buku sebagai sumber ilmu dan maklumat serta galakan untuk membacanya. Ianya juga dapat dimengertikan sebagai gambar manusia sedang bersujud sebagai salah satu bukti pengabdian dan syukur kepada Allah.  



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan